"Lebih Untung Lebih Berkat Lebih Selamat"




Friday, March 02, 2007
Sejarah HADRAA Resources

HADRAA Resources adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 2004. Penubuhan syarikat ini adalah di atas kesedaran untuk mengusahakan perniagaan sendiri dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan ruang yang ada di dalam suasana ekonomi negara yang memberangsangkan kini.

Syarikat ini telah bergiat pada permulaannya dengan pengalaman berurusniaga secara konvensional antara orang perseorangan dan syarikat milik persendirian.

Kini kami melangkah setapak lagi dengan pengurusan perniagaan yang lebih profesional dan beretika. Selain syarikat yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 15 Disember 2004, kami juga telah berusaha mendapatkan akuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor bumiputera.

Posted at 01:07 pm by insuran_kereta
Make a comment  

Perkhidmatan Kami

 

Alhamdulillah, kini kami telah berada di tahun yang ke-4 dengan menjalankan perniagaan sendiri. Kami telah menjadi agen Insurans bagi syarikat Insurans yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) iaitu Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Commerce Takaful Berhad dan Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad.


Kebanyakkan pelanggan kami adalah terdiri daripada penduduk sekitar Meru, Puncak Alam, Batu Belah, Klang, Shah Alam, KL dan Putrajaya. Antara perkhidmatan yang kami sediakan untuk pelanggan kami adalah memperbaharui Insurans dan Cukai Jalan samada geran di bank atau pada pelanggan. Setakat ini kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan.

Posted at 01:04 pm by insuran_kereta
Make a comment  

Wednesday, February 14, 2007
Kami Telah Menambah Produk InsuranS

 

Alhamdulillah, kini kami telah menambah pelbagai jenis produk dengan mendaftarkan diri menjadi agen insurans selain Syarikat Takaful Ikhlas iaitu syarikat Bank Commerce ( Insurans Commerce Takaful) dan Syarikat Kurnia. Kami yakin dengan perkembangan terkini, pengguna sudah mempunyai kesedaran untuk memilih produk-produk berasaskan Islam iaitu takaful. Kurnia Insurans adalah sebuah syarikat yang menguasai insurans am. Ia juga telah mencapai kejayaan dengan mempunyai jumlah agen yang ramai dan telah dikenali seluruh Malaysia. Atas dasar itu kami telah mengorak langkah ke hadapan dengan memjadi agen syarikat-syarikat insurans terbabit. Anda boleh melawati ke laman web Commerce Takaful dan Kurnia Insurans untuk mengetahui kelebihan insurans ini

 


Posted at 10:29 am by insuran_kereta
Make a comment  

Saturday, December 31, 2005
Pendapatan Sampingan...

TAWARAN ISTIMEWA


Peluang Menambah Pendapatan Lumayan Dengan Memperbaharui Insurans Kenderaan Dengan Kami. Dapatkan Komisyen Sehingga
20-30%
daripada keuntungan.

Kami bukanlah menawarkan program Affiliate yang memerlukan anda membeli produk untuk menyertai program mereka. Kami adalah sebuah wakil Insurans Takaful Ikhlas yang telah didaftarkan (GG05146) yang telah beroperasi selama setahun di Klang.

Anda bekerja di kilang, agensi kerajaan, agensi swasta atau bekerja sendiri?? Mereka ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Hanya dengan memberikan perkhidmatan  memperbaharui INSURANS KENDERAAN. Kami juga memberikan perkhidmatan memperbaharui 'ROAD TAX' tetapi hanya di sekitar Klang dan Shah Alam. 

Kami amat menggalakkan jika anda dapat memperkenalkan syarikat insurans – Takaful kami kepada teman-teman dan kenalan dengan memperbaharui insurans kereta dengan kami yang memberikan banyak kelebihan kepada pelanggan di samping bayaran premium yang standard dengan syarikat insurans lain (konvensional).

Anda boleh menghubungi kami secara online sama ada melalui internet atau telefon atau lebih mudah dengan menghantar faks, email, sistem pesanan ringkas (sms) atau terus menelefon kami.

Bayaran pula boleh dibuat dengan 'bank in' ke akaun kami, sama ada melalui internet banking, cek, deposit tunai dan sebagainya.

Anda boleh menghubungi kami di alamat e-mail : haidar78@yahoo.com atau hp: 019-239 1141 atau tel/faks: 03-3392 3346  untuk keterangan lanjut....



Posted at 01:22 pm by insuran_kereta
 

INSURANS dan 'ROAD TAX' tamat tempoh??...


Dapatkan perkhidmatan profesional, Islamik dan menguntungkan dari kami...

INSURANS TAKAFUL KERETA

KHIDMAT kami memudahkan anda..

Bayangkan anda tidak perlu bersusah payah...jumpa agen Insurans,  pergi bank, urusan JPJ...beratur menunggu giliran menghabiskan masa, habis wang dengan minyak kereta, tol...tak tau kena saman atau tidak, tak payah ambil cuti, ada khidmat runding professional. Anda tahu apa yang perlu dilindungi atau tidak dengan kadar yang munasabah...Tak perlu risau penipuan...HEBATKAN??

                                                                                               e-Insurans (online JPJ)

Setiap kali anda berada dalam kereta, anda mendedahkan diri anda kepada pelbagai risiko. Oleh itu, adalah penting anda melindungi diri dan kereta anda sepenuhnya.

Kelebihan TAKAFUL IKHLAS

  • Skim Insurans berasaskan Syariah (TAKAFUL)
  • NCD (diskaun) boleh dipindah terus dari insurans terdahulu
  • Pulangan MUDHARABAH (keuntungan) dari sumbangan (premium)
  • Sumbangan (premium) berpatutan mengikut kehendak pelanggan
  • Tidak perlu mengisi borang

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pembaharuan Insurans Kereta Online (e-Insurans)
  • Pembaharuan cukai jalan (kawasan sekitar Klang & Shah Alam)
  • Penyemakan saman JPJ & PDRM

7 Sebab kenapa perlu perbaharui INSURANS KENDERAAN dengan kami..

Pilihan Pembayaran Yang Banyak.                                        
Pembayaran premium yang mudah melalui tunai, cek atau kad kredit.

Pengeluaran Polisi Segera JPJ Link.
Untuk pembaharuan cukai jalan yang mudah

Bantuan Ikhlas/Auto Assist 24 Jam
Talian Bebas : 1-300-88-0048

Pembaharuan Polisi Dijamin

Online JPJ

Kelulusan Tuntutan Yang Cepat

Hadiah Percuma.
(Jika Ada Stok)

 "Lebih untung, lebih berkat, lebih selamat!!"

Apa Yang Anda Perlu Buat.. hanya...

Faks :

Salinan Kad Pengenalan Pemilik,
Lesen Memandu dan Geran Kenderaan,
Polisi Insurans Terdahulu atau
'Covernote' atau Surat Pembaharuan
(Renewal Letter)

Selepas kami proses, kami fakskan covernote tersebut dan automatik cukai jalan boleh dibuat dimana-mana pejabat pos atau JPJ 

Hubungi Kami..

NO 1, KEDAI MPK, PERSIARAN HAMZAH ALANG, MERU
42200 KAPAR, SELANGOR.
TEL/FAKS: 03-3392 3346  HP: 019-239 1141
E-MAIL : haidar78@yahoo.com
(kami telah beroperasi selama setahun sejak 2004)

Pembayaran..bank-in atau cek

Atas nama HADRAA RESOURCES  (RHB BANK NO AK : 2622 96 0000 5064)


BANTUAN IKHLAS
 

   FAEDAH DAN PERKHIDMATAN

TALIAN KHAS 24 JAM TAKAFUL IKHLAS
Talian Khas: 1-300-88-0048 , disediakan untuk peserta kami, 24 jam sehari, 365 hari setahun.

WARANTI 6 BULAN
Panel woksyop TAKAFUL IKHLAS menawarkan perkhidmatan pembaikan berkualiti terhadap kenderaan anda. Waranti 6 bulan sebagai jaminan bagi kerja-kerja pembaikan tersebut.

PERKHIDMATAN KEMALANGAN/KEROSAKAN
Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan, panel woksyop kami akan mengambil langkah untuk menunda kenderaan anda ke panel woksyop yang berhampiran. Jika kenderaan anda mengalami kerosakan, sila hubungi Talian khas 24 jam kami untuk mendapatkan bantuan kerosakan pada kos yang berpatutan.

RUJUKAN BANTUAN PERJALANAN ALTERNATIF
Sekiranya kenderaan anda tidak dapat dibaiki dalam tempoh tertentu untuk anda sampai ke destinasi yang dirancang, TAKAFUL IKHLAS akan membantu menyediakan pengangkutan alternatif untuk anda sampai ke destinasi.

RUJUKAN BANTUAN PENGINAPAN/HOTEL
Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan dan anda memerlukan penginapan hotel, atas permintaan anda, TAKAFUL IKHLAS boleh membantu mendapatkan maklumat tentang penginapan hotel.

PERKHIDMATAN JURUBAHASA
Perkhidmatan jurubahasa juga disediakan bagi hal berkaitan perubatan.

RUJUKAN PERUBATAN
Atas permintaan anda, TAKAFUL IKHLAS akan mengatur temujanji anda atau merujuk anda kepada mana-mana klinik atau pusat perubatan pilihan sendiri.

PENYAMPAI MAKLUMAT
Dalam kes kecemasan, TAKAFUL IKHLAS akan menyampaikan maklumat yang perlu kepada keluarga terdekat atau majikan anda.

BANTUAN PENGHANTARAN BALIK KENDERAAN
Kenderaan anda akan dihantar ke rumah sekiranya kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan dalam daerah tersebut.

BANTUAN PEMANDU
Sekiranya anda tidak dapat memandu kenderaan pulang ke rumah selepas kemalangan atau tidak ingin meninggalkan kenderaan di tempat kejadian, TAKAFUL IKHLAS akan berusaha mendapatkan pemandu untuk memandu kenderaan anda ke rumah.

BANTUAN PEMINDAHAN PERUBATAN KECEMASAN
Sekiranya anda dikenakan tindakan sivil oleh Pihak Ketiga akibat kemalangan, TAKAFUL IKHLAS akan membantu untuk mendapatkan khidmat guaman.

NOTA: SEMUA PERBELANJAAN DAN CAJ BERKAITAN ADALAH DITANGGUNG OLEH ANDA KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA.

SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN

  • Hubungi Talian Bebas Tol 1-300-88-0048 untuk bantuan segera.
  • Sekiranya kenderaan anda masih boleh dipandu, pandulah ke balai polis yang berhampiran.
  • Jangan benarkan mana-mana operator trak tunda menunda kenderaan anda selain dari trak tunda yang dipanggil oleh perkhidmatan bantuan 24 jam kami.
  • Jangan beri kebenaran bertulis kepada mana-mana pihak untuk menunda kenderaan anda selain dari yang dipanggil oleh perkhidmatan bantuan 24 jam kami.
  • Jangan akui liabiliti atau menawarkan bayaran kepada mana-mana pihak yang terlibat kerana tindakan sedemikian adalah melanggar syarat-syarat sijil. Anda boleh menasihatkan pihak yang terlibat supaya menghubungi dan mengemukakan tuntutan mereka kepada TAKAFUL IKHLAS.
  • Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN PANEL WOKSHOP TAKAFUL IKHLAS

  • Bantuan kemalangan 24 jam
  • Kelancaran membuat tuntutan
  • Pembaikan pantas dapat mengurangkan kesulitan
  • Rangkaian seluruh negara
  • Waranti 6 bulan ke atas pembaikkan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
BAGI TUNTUTAN
(Perlindungan Komprehensif sahaja)

  • Borang Tuntutan Kemalangan Yang Lengkap Diisi
  • Laporan Polis Yang Asal
  • Salinan Kad Pengenalan Dan Lesen Memandu
  • Salinan Kad Pengenalan Dan Lesen Memandu Pemandu
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan
  • Anggaran Kos Pembaikan Oleh Woksyop

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PEMBERITAHUAN KEMALANGAN SAHAJA
(Tidak menuntut di bawah sijil)

  • Borang Tuntutan Kemalangan Yang Lengkap Diisi
  • Laporan Polis Yang Asal
  • Salinan Kad Pengenalan Dan Lesen Memandu
  • Salinan Kad Pengenalan Dan Lesen Memandu Pemandu
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan

Harap Informasi Di atas Berguna Untuk Anda..




Posted at 08:55 am by insuran_kereta
 


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Free Web Counter
Free Counter

SUDUT ILMU

Utusan Malaysia
Berita Harian
Harian Metro
Harakah
TVPAS.com
Terengganu Kite

SYARIKAT INSURANS

Takaful Ikhlas
Kurnia Insurans
Commerce Takaful

WEB LINK

Hadraa Takaful
rss feed